Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Kebawah DYMM bersemayam di Hotel Grand Hyatt
31/05/2025




Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Alhamdulillah, bersemayam semula di Hotel Grand Hyatt setelah berehat beberapa hari di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Pakar perubatan telah menasihatkan bagi baginda meneruskan berehat beberapa hari lagi sebelum berangkat balik ke Negara Brunei Darussalam.

Juga berangkat, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam dan ahli-ahli kerabat diraja.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto